FOTO Mohamad Zulhairie Manzaidi
FOTO Mohamad Zulhairie Manzaidi
Mohamad Zulhairie Manzaidi


Pasir Mas: Tiga rumah separa kayu musnah dalam kebakaran di Kampung Seberang Pasir Mas, Salor, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba, Nazri A Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.47 petang.

"Tiga jentera termasuk satu lori tangki air dengan kekuatan 17 anggota ke lokasi untuk memadam kebakaran itu. Bantuan turut diterima daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong dan Kota Darulnaim.

"Sebaik tiba, api sedang marak membakar kediaman mangsa dan memusnahkan tiga rumah sekali gus berikutan kedudukan berdekatan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya memerlukan kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran dan tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Katanya, jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 9:55 PM