NAJIB bersama Poroshenko ketika sidang media. FOTO Mohd Fadli Hamzah
NAJIB bersama Poroshenko ketika sidang media. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Malaysia dan Ukraine masing-masing komited untuk membawa dalang tragedi pesawat MH17 ke muka pengadilan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, laporan siasatan jenayah tragedi berkenaan dijangka akan dibentangkan akhir tahun ini.

Beliau berkata, beliau dan Presiden Ukraine Petro Poroshenko mahu dalang tragedi berkenaan di bawa ke muka pengadilan.

"Malaysia dan Ukraine juga komited untuk melakukan apa sahaja bagi mengetahui kebenaran di sebalik pesawat yang ditembak jatuh di Donetsk, dua tahun lalu," katanya pada sidang media bersama Poroshenko sejurus mesyuarat dua hala kedua-dua negara di sini, hari ini.

Katanya, laporan siasatan jenayah tragedi berkenaan akan dibawa ke jawatankuasa siasatan bersama (JIT) MH17 yang disertai lima negara iaitu Australia; Brazil: Belgium; Ukraine dan Malaysia.

Sementara itu, Poroshenko berkata, beliau melahirkan salam takziah kepada waris dan ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH17 diatas tragedi menyayat hati itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2016 @ 7:41 PM