Muhammad Nawi lemas selepas mandi di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan, Dungun, petang tadi. FOTO Rosli Ilham
Muhammad Nawi lemas selepas mandi di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan, Dungun, petang tadi. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham


Dungun : Penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin lemas manakala rakannya berjaya diselamatkan ketika mandi di Pantai Teluk Bidara, Seberang pintasan di sini, 6 petang tadi.

Muhammad Nawi Musa, 21, yang berasal dari Chendering, Kuala Terengganu mandi bersama 14 rakannya yang lain.

Penuntut tahun dua Kejuruteraan Mekanikal dan rakan sekelasnya, Barathratnam Bala Subramanim, 20, kemudianya dihanyutkan selepas mereka dipukul ombak.

Muhammad Nawi kemudiannya dikatakan tenggelam, manakala Barathratnam terkapai-kapai dan berjaya ditarik dua rakannya ke daratan.

Mangsa yang selamat kemudiannya dikejarkan ke Hospital Dungun oleh orang ramai untuk menerima rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Amri Mohamad berkata, rakan mangsa yang mandibersama mangsa kemudiannya menghubungi pasukan penyelamat sebelum enam anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa ditemui kira-kira 7 malam sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2016 @ 9:18 PM