Letupan berlaku sebelum pesawat Boeing 777-300 milik Emirates terbakar di Dubai, petang tadi. - Foto Agensi
Letupan berlaku sebelum pesawat Boeing 777-300 milik Emirates terbakar di Dubai, petang tadi. - Foto Agensi
AFP

Dubai: Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, lapangan terbang penumpang antarabangsa paling sibuk ditutup berikutan kejadian pesawat penerbangan Emirates dari India yang terbakar ketika mendarat cemas petang tadi.

Pihak berkuasa lapangan terbang itu melalui Twitter menyatakan: “Semua operasi (ketibaan dan pelepasan) di DXB (Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai) digantung sehingga diberitahu berikutan kejadian membabitkan penerbangan EK521.”

Semua 275 penumpang dalam pesawat itu berjaya dikeluarkan dengan selamat dan punca pesawat berkenaan mendarat cemas atau terbakar, masih belum diumumkan.

Dalam kejadian 12.45 tengah hari waktu tempatan itu (4.45 petang waktu Malaysia), pesawat Boeing 777-300 penerbangan EK521 dari Thiruvananthapuram, India, ke Dubai, terbakar selepas mendarat cemas. Laporan menyatakan ada letupan sebelum pesawat berkenaan terbakar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2016 @ 8:17 PM