KEADAAN kemalangan yang membabitkan bas ekspres dan treler. FOTO Pretty Licha
KEADAAN kemalangan yang membabitkan bas ekspres dan treler. FOTO Pretty Licha
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Mukah: Seorang pemandu lori treler maut dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 79, Jalan Sibu-Bintulu di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, pemandu lori treler Jimmy Hagi, 44, maut di lokasi kejadian, manakala pemandu bas patah tangan serta kaki dan seorang penumpang cedere ringan.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, bas ekspress itu membawa seramai 22 penumpang termasuk dua kanak-kanak.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila lori treler dari arah Bintulu ke Sibu cuba mengelak sebuah lori rosak yang diletakkan tepi jalan dan masuk ke laluan bertentangan.

"Lori treler bertembung dengan bas yang daam perjalanan dari Kuching ke Bintulu," katanya.

Katanya, mayat pemandu bas dihantar ke Hospital Mukah untuk bedah siasat dan penumpang serta pemandu bas yang cedera dihantar ke Hospital Sibu.

"Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2016 @ 10:03 AM