Skuad Kim Swee diundi Kumpulan B bersama Myanmar, Vietnam dan pasukan juara pusingan kelayakan. FOTO NSTP
Skuad Kim Swee diundi Kumpulan B bersama Myanmar, Vietnam dan pasukan juara pusingan kelayakan. FOTO NSTP
Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Tuah undian memihak kepada skuad Harimau Malaysia apabila berjaya mengelak daripada bersaing dalam kumpulan maut bagi kempen Piala AFF 2016 November ini.

Dalam majlis undian berlangsung di Yangon sebentar tadi, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee diundi dalam Kumpulan B bersama tuan rumah Myanmar, Vietnam dan pasukan juara pusingan kelayakan.

Manakala juara bertahan Thailand pula diundi dalam Kumpulan A bersama pasukan tuan rumah Filipina, Singapura dan Indonesia.

Saingan kumpulan akan bermula pada 19-26 November dan selepas itu dua pasukan teratas kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir secara timbal balik pada 3 dan 4 Disember bagi menentukan finalis pada 14 dan 17 Disember.

Bagi pusingan kelayakan akan berlangsung di Phnom Penh dari 15-21 Oktober depan, Brunei diundi posisi pertama, Timor Leste kedua, Kemboja ketiga dan Laos keempat untuk memburu satu slot dalam Kumpulan B di pusingan akhir.

Malaysia muncul juara Piala AFF 2010 dan naib juara dua tahun lalu hanya gagal melepasi saingan peringkat kumpulan dua kali pada 1998 dan 2008.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Ogos 2016 @ 10:22 PM