ANAK arwah, Siti Nor Zullaikha Mohd Zaini, 12, menyiram air ke pusara ayah disaksi adik-adiknya, Mohd Faizal Mohd Zaini, 10, (kiri) dan Mohd Fakrullah Mohd Zaini, 8, (dua kiri) serta ahli keluarga. FOTO Faris Zainuldin
ANAK arwah, Siti Nor Zullaikha Mohd Zaini, 12, menyiram air ke pusara ayah disaksi adik-adiknya, Mohd Faizal Mohd Zaini, 10, (kiri) dan Mohd Fakrullah Mohd Zaini, 8, (dua kiri) serta ahli keluarga. FOTO Faris Zainuldin
Siti Nadzirah Che Mud


Machang: Jenazah lelaki yang lemas di sungai Kelantan berhampiran Rumah Pam Kemubu Kada, Ketereh Sabtu lalu selamat dikebumikan, 4.50 petang tadi.

Jenazah Mohd Zaini Harun, 38, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kerawang, Pulai Chondong, di sini, yang dihadiri ahli keluarga dan penduduk kampung.

Terdahulu, jenazah Mohd Zaini yang meninggalkan seorang balu dan tujuh anak disembahyangkan di Masjid Al-Amin, Mukim Kerawang, di sini.

Suasana sedih menyelubungi ahli keluarga memandangkan kejadian itu berlaku secara mengejut.

Harian Metro melaporkan, mangsa bersama dua rakannya, Mohd Ridzuan Mat Ali, 32, dan adiknya, Mohd Sukri Zailani, 30, ke sungai itu untuk memancing sebelum bot dinaiki mereka terperangkap di tengah sungai kerana arus air yang deras.

Dua rakannya itu diselamatkan anggota penyelamat pada 12.40 tengah malam Sabtu lalu. Manakala, mayat mangsa ditemui pada 7.54 pagi tadi.

Berita berkaitan:

'Kami sekeluarga reda'

Jumpa selepas dua hari

'Susah saya nak terima semua ini...'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Ogos 2016 @ 7:51 PM