HAMILTON kukuh cengkaman pendahulu keseluruhan.
HAMILTON kukuh cengkaman pendahulu keseluruhan.
AFP

Hockenheim, Jerman: Lewis Hamilton (gambar) melebarkan penguasaannya dalam carta kejuaraan pemandu Formula Satu kepada 19 mata selepas menjuarai Grand Prix Jerman dengan mudah malam tadi sementara rakan sepasukan Mercedes dan pencabar utamanya, Nico Rosberg hanya menduduki tempat keempat.

Rosberg menyerahkan kedudukannya sebagai pemegang petak pertama kepada pelumba Britain itu yang memecut untuk menjulang kemenangan keenam daripada tujuh perlumbaan terakhir dan terus mengukuhkan cengkamannya untuk memburu gelaran.

Daniel Ricciardo di tempat kedua menakala rakan sepasukannya dari Red Bull Max Verstappen di tempat ketiga.

Hamilton, juara bertahan itu memanfaatkan sepenuhnya permulaan hambar Rosberg yang turut dikenakan penalti lima saat di hentian pit kerana kerana pemanduan terlalu agresif, bagi membolehkan pencabarnya menampilkan pemanduan sempurna.

“Masuk ke sana, Lewis,” kata jurutera pasukan menerusi radio.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Ogos 2016 @ 5:20 AM