HAMILTON berjaya merapatkan jurang kedudukan dengan Rosberg di Grand Prix AS.
HAMILTON berjaya merapatkan jurang kedudukan dengan Rosberg di Grand Prix AS.
Reuters

Austin, Texas: Lewis Hamilton meraikan kemenangan ke-50 dalam saingan Formula Satu pada Grand Prix Amerika Syarikat (AS) semalam menerusi pemanduan hebat, bermula dari petak pertama hingga ke garisan penamat, sekali gus menghidupkan harapannya untuk meraih gelaran.

Dia juga merapatkan jurang dengan rakan sepasukan Mercedes Nico Rosberg kepada 26 mata dengan baki tiga perlumbaan musim ini.

Rosberg yang memburu gelaran ke-10 musim ini berada di tangga kedua, biarpun pada masa sama Hamilton terlalu risaukan mengenai kebergantungan terhadap jenteranya.

Kemenangan mudah itu yang keempat buat Hamilton di Texas dalam lima musim dan mengakhiri kemarau kemenangan buat juara dunia tiga kali sejak kemenangan terakhirnya di Jerman pada Julai lalu.

“Ini sentiasa menjadi lapang berburu yang baik bagi saya,” kata pelumba Britain itu, pemandu ketiga selepas Michael Schumacher dan Alain Prost, memenangi 50 perlumbaan ketika ditemuramah di podium oleh pelakon Britain Gerard Butler.

“Saya suka berada di AS, ia bagaikan rumah sendiri,” katanya, sambil diperhatikan pemain tenis Venus Williams dan atlet ski Lindsey Vonn.

“Apa yang boleh saya lakukan adalah membuat yang terbaik dan meneruskan pemanduan seperti hujung minggu ini,” kata Hamilton sambil mengakui terlupa kemenangan itu yang ke-50 buatnya.

“Nico memandu dengan hebat tahun ini jadi pertarungan akan diteruskan.”

Rosberg yang ketinggalan 4.5 saat dan jatuh ke tempat ketiga sebelum nasib memihak kepadanya untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Pelumba Australia Daniel Ricciardo yang berada di petak kedua sejak awal perlumbaan berada di tempat ketiga buat Red Bull namun rakan sepasukannya dari Belanda Max Verstappen gagal menamatkan perlumbaan berikutan kegagalan enjin.

Rosberg yang mempunyai kelebihan merangkul kejuaraan sulungnya meskipun tidak perlu menang lagi musim ini menyifatkan ia hanya masalah kecil.

Pelumba Jerman itu mengumpul 331 mata berbanding Hamilton, 305 dengan perbezaan tujuh mata di antara juara dan tempat kedua.

Kedua-dua pelumba Mercedes terus kekal bersaing musim ini dan pasukan mereka sudah pun menjuarai kategori pengeluar buat tahun ketiga berturut-turut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Oktober 2016 @ 11:19 AM