FOTO Omar Osman
FOTO Omar Osman
Ahmad Saufi Mansor dan Omar Osman


Kulim: Seribu lima ratus pelumba bersaing bagi merebut kejuaraan sulung dalam saingan Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix 2016 Sirkit 1, di Kulim Hi-Tech Park, di sini, hari ini.

Pelepasan pada 8.05 pagi dilakukan Exco Sains, Komunikasi, Inovasi dan Teknologi Maklumat Kedah, Norsabrina Mohd Noor, bersama Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad, Nazlee Khalifah.

Semua peserta akan melalui perlumbaan sejauh 41.6 kilometer termasuk tujuh kilometer laluan jalan raya.

Selain pelumba tempatan, kejohanan ini turut disertai peserta dari United Kingdom, Hong Kong, Singapura dan Thailand.

Norsabrina berkata, kerajaan negeri menyokong pertandingan acara sukan basikal lasak dan sentiasa mengalu-alukan program seperti ini.

Menurutnya, ia bukan sekadar menampilkan amalan gaya hidup sihat, malah mempromosikan kawasan Kulim Hi-Tech Park.

“Terima kasih kepada Harian Metro kerana memilih Kulim Hi-Tech Park sebagai lokasi pertandingan, kerana secara tidak langsung menarik kehadiran orang ramai untuk mengunjungi tempat menarik di Kulim," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Julai 2016 @ 10:50 AM