FOTO Zulfadhli Zulkifli
FOTO Zulfadhli Zulkifli
Ahmad Saufi Mansor dan Omar Osman


Kulim: Pelumba kebangsaan, Muhammad Fauzan Mohd Lutfi, 30, muncul juara Terbuka Lelaki Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix 2016 Sirkit 1 di Kulim Hi-Tech Park, di sini, hari ini.

Fauzan dari SBS Giant-PDRM mencatatkan 1 jam 25 minit 10 saat diikuti Mohd Nor Rizuan Zainal (KHS Factory Team - 1:25:11) dan ketiga dimenangi Amree Saya (Thailand Allstars - 1:26:47).

Ketegori wanita pula diungguli Supuksorn Nuntana (Thailand Allstars) dengan 1:35:59 manakala tempat kedua dimenangi Masziyaton Mohd Radzi (SBS-Giant - 1:41:41) dan ketiga milik Saroche Kamonlakhon (Thailand Allstars - 1:42:28).

Seribu lima ratus pelumba bersaing bagi merebut kejuaraan sulung dalam saingan Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix 2016 Sirkit 1, di Kulim Hi-Tech Park.

Majlis pelepasan dilakukan Exco Sains, Komunikasi, Inovasi dan Teknologi Maklumat Kedah, Norsabrina Mohd Noor, pada 8.05 pagi.

Turut sama melepaskan pelumba adalah Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad, Nazlee Khalifah.

Semua pelumba berkayuh di trek sejauh 41.6 kilometer termasuk tujuh kilometer laluan jalan raya.

Selain pelumba tempatan, kejohanan ini turut disertai peserta dari United Kingdom, Hong Kong, Singapura dan Thailand.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Julai 2016 @ 12:39 PM