Najiy Jefri


Shah Alam: Pelakon veteran, Datin Normala Omar, 58, yang patah kaki kiri selepas terjatuh dari katil di rumahnya pada akhir Jun lalu memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan untuk pulih sebelum boleh berjalan semula.

Dia kini di rumah anaknya, Norzizi Zulkifli, 40 yang juga pelakon.

Menurut Norzizi, ibunya terjatuh dari katil di dalam bilik tidurnya ketika itu.

“Kejadian berlaku di luar sedar dan ketika itu ibu baru bangun tidur. Dia berasakan sedang baring di atas lantai, sedang dia berdiri dan berjalan di atas katil. Itu punca ibu mengalami kecederaan teruk di bahagian kari kiri sehingga perlu menjalani pembedahan.

“€œPada masa sama ibu menghidap kencing manis yang mengakibatkan penglihatannya tidak jelas. Disebabkan itu, kebiasaannya dia akan tidur dalam keadaan lampu terbuka tetapi tidak pada malam itu,” katanya.

Norzizi berkata, buat masa ini doktor menyarankan ibunya menggunakan kerusi roda.

“Selepas tiga bulan baru dia dibenarkan berdiri tetapi masih tidak dibenarkan berjalan,” katanya

Menurut Norzizi, ibunya kini dijaga lima adik-beradiknya yang lain berikutan keadaan bapanya yang juga pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain, 70, masih tidak stabil selepas diserang angin ahmar Januari lalu.

“€œSekarang kami adik-beradik bergilir-gilir menjaga ibu dan ayah memandangkan tahap kesihatan mereka tidak menentu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Julai 2016 @ 8:29 PM