Datuk Abdul Fattah Mahmood. FOTO Muhamaad Razis Ismail
Datuk Abdul Fattah Mahmood. FOTO Muhamaad Razis Ismail
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Kerajaan Kelantan akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen peniagaan terhadap peniaga yang menaikkan harga barang termasuk ayam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, pihaknya akan mengkaji klausa undang-undang sesuai sebelum mengambil tindakan itu dalam masa terdekat.

Katanya, pihaknya juga akan bekerjasama dengan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan untuk memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan.

"Kerajaan negeri menerima banyak aduan sepanjang Aidilfitri ini berhubung kenaikan harga barang terutama membabitkan ayam sehingga dijual dengan harga RM30 seekor.

"Kita pandang serius perkara ini kerana ia membabitkan kebajikan rakyat. Oleh itu kita akan ambil tindakan tegas termasuk menarik lesen peniaga," katanya selepas Mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan harga ayam di negeri ini naik sekitar RM20 sehingga RM30 seekor pada musim perayaan Aidilfitri sehingga membebankan pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Julai 2016 @ 1:54 PM