Seorang kanak-kanak yang terselamat. - Foto Ihsan Bomba
Seorang kanak-kanak yang terselamat. - Foto Ihsan Bomba
Keadaan kereta yang terjunam ke dalam gaung dan orang ramai membantu anggota bomba mengeluarkan mangsa. - Foto Ihsan Bomba
Keadaan kereta yang terjunam ke dalam gaung dan orang ramai membantu anggota bomba mengeluarkan mangsa. - Foto Ihsan Bomba
Hazsyah Abdul Rahman


Kota Belud: Empat cedera parah manakala tiga lagi cedera ringan selepas Proton Iswara dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung sedalam 200 meter di Jalan Ranau Bypass, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa terdiri daripada lima kanak-kanak berusia antara tiga hingga 12 tahun, seorang lelaki dan seorang wanita, dalam perjalanan dari Ranau ke Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, setiba di lokasi kejadian berhampiran Kampung Taginabur, kenderaan mereka hilang kawalan menyebabkan ia terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.18 petang.

"Semua mangsa berjaya dikeluarkan anggota bertugas dan turut dibantu orang ramai yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua mangsa dihantar ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Julai 2016 @ 10:04 PM