SUV yang terbabas ke dalam gaung. FOTO Ihsan Bomba
SUV yang terbabas ke dalam gaung. FOTO Ihsan Bomba
Muhammad Apendy Issahak


TIGA cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Kampung Batu 9, Jalan Pahang - Cameron Highlands, Tapah hari ini.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, kenderaan jenis Lexus itu dinaiki lelaki dan dua wanita dewasa yang semuanya cedera dalam kemalangan itu.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tapah berkata, maklumat mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 6.07 petang dan sebaik tiba di lokasi didapati sebuah SUV terbabas ke dalam gaung.

“Kenderaan itu terbabas ke gaung sedalam kira-kira dua meter dan terdapat tiga mangsa di dalamnya.

“Semua mangsa mengalami kecederaan dan bomba bertindak mengangkat mereka menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan,” katanya.

Menurutnya, semua mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan operasi diketuai Abd Rahman Ibrahim tamat pada jam 6.45 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 January 2019 @ 9:19 PM