MOHD Shafie disambut penyokongnya pada program Rakyat Bersama beliau di kediamannya di Kampung Bubul, Semporna. FOTO Junaidi Ladjana
MOHD Shafie disambut penyokongnya pada program Rakyat Bersama beliau di kediamannya di Kampung Bubul, Semporna. FOTO Junaidi Ladjana
Junaidi Ladjana

Semporna: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang digantung keahliannya, mengumumkan keluar UMNO, hari ini.

Mohd Shafie yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna membuat pengumuman itu pada program Rakyat Bersama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di kediamannya di Kampung Bubul, di sini.

Ini kali pertama beliau kembali ke Semporna sejak digantung keahlian UMNO selepas pulang daripada menunaikan ibadat umrah.

Hujung bulan lalu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO menggantung keahlian Mohd Shafie selepas menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti.

MT juga memutuskan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada parti kerana melakukan pelanggaran disiplin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Julai 2016 @ 2:49 PM