Dadah yang jenis heroin dan methaphetamine yang dirampas di sebuah bengkel kereta di Kampung Air Kuning, awal pagi tadi. - Foto YAHYA AWANG
Dadah yang jenis heroin dan methaphetamine yang dirampas di sebuah bengkel kereta di Kampung Air Kuning, awal pagi tadi. - Foto YAHYA AWANG
BERNAMA

Taiping: Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM18,000 dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Kampung Air Kuning dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata dalam serbuan 1.50 pagi itu oleh sepasukan polis Bahagian Narkotik Taiping itu turut menahan seorang lelaki berumur 41 tahun yang tinggal dalam kawasan bengkel berkenaan.

“Pemeriksaan dalam bengkel polis menemui 10 paket berisi bahan disyaki heroin seberat 530 gram dan lima paket plastik bahan disyaki methaphetamine di atas meja tempat suspek ditahan.

"Kita juga menyita tiga kereta iaitu Volkswagen Jetta, Honda Civic dan Toyota Hilux untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Harrith Kam berkata, hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk rampasan dadah jenis heroin dan Seksyen 12(2) akta sama bagi rampasan dadah jenis methaphetamine.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Jun 2016 @ 10:42 PM