Rahmat (tengah) menunjukkan mercun dan bunga api yang dirampas.
Rahmat (tengah) menunjukkan mercun dan bunga api yang dirampas.
Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Polis merampas 291 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api di sebuah rumah di Felda Bukit Aping Timur dekat Kota Tinggi, tengah malam tadi.

Dalam serbuan 12.45 tengah malam itu, seorang pekerja kilang 41 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, dalam serbuan itu, polis membuat pemeriksaan dalam rumah terbabit sebelum menjumpai pelbagai jenis mercun dan bunga api yang diletakkan di bilik stor belakang rumah berkenaan.

"Kita merampas Glow of Sunset sebanyak 42 kotak, Happy Boom King Cast (30 kotak), Candela China (44), Happy Boom KK162 (25), bunga api Thunder King (20), Thunder Clap Rockets (4), Happy Boom KK003 (6), Avion Nocturno (10) dan Happy Boom KK189 (40).

"Turut dirampas Saturn Missiles K1130C9 (30) Happy Boom K003 (20), bunga api KK999 (15) dan bunga api K1130C7 (5)," katanya.

Rahmat berkata, suspek lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan kini masih ditahan reman selama empat hari sehingga Ahad ini.

Menurut Rahmat, siasatan awal mendapati nilai semasa semua mercun atau bunga api yang dirampas berjumlah RM5,200 dan dipercayai ia adalah stok baru yang dibeli dari pembekal di Ulu Tiram di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Jun 2016 @ 10:56 PM