SEORANG nelayan diusung sebelum dibawa ke Hospital Bintulu.
SEORANG nelayan diusung sebelum dibawa ke Hospital Bintulu.
LIMA nelayan ditemui dalam keadaan tidak bermaya.
LIMA nelayan ditemui dalam keadaan tidak bermaya.
Oleh Alias Abd Rani


Bintulu: Lima nelayan warga Indonesia diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas bot dinaiki karam kira-kira 50 batu nautika dari perairan Bintulu pagi tadi.

Kejadian berlaku pada 9.30 pagi ketika lima nelayan sedang menangkap ikan sebelum bot dinaiki karam dipercayai dipukul ombak.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Bintulu Komander Rahim Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.40 pagi sebelum menggerakkan Kapal Maritim Tabah.

Katanya, semua mangsa ditemui terapung dalam keadaan lemah.

"Indentiti kelima-lima mangsa warga Indonesia masih belum diketahui setakat ini dan mereka kemudian dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut," katanya.

Keterangan gambar

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Disember 2014 @ 12:51 AM