FOTO ihsan Bomba
FOTO ihsan Bomba
Oleh Fuad Hadinata Yaacob

Tanjung Karang: Usaha mencari seorang lagi mangsa tragedi bot karam di pantai Bagan Sungai Kajang diteruskan pagi ini membabitkan pelbagai agensi.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, operasi pencarian membabitkan lebih 40 orang daripada pelbagai agensi termasuk nelayan dengan lapan bot pelbagai jenis.

Selain itu katanya, pencarian turut dilakukan di pesisir pantai tidak jauh dari lokasi kejadian.

"Operasi pagi ini membabitkan agensi antaranya bomba, polis, JPAM, APMM, Jabatan Laut serta nelayan dengan lapan bot.

"Selain itu dua kenderaan pacuan empat roda bersama tujuh orang mencari di pesisir pantai," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang Khamis lalu, bot yang dinaiki 14 orang terdiri daripada sembilan anggota keluarga dan lima pekerja bot itu karam selepas dipukul ombak.

Mereka berlepas dari jeti nelayan di Sungai Kajang pada 3 petang untuk mengadakan upacara membuang abu mayat di kawasan perairan berkenaan.

Mangsa yang masih hilang dikenali sebagai G Shankar.

Manakala mangsa lemas ialah A Parianathan, 30; M Kunasegaran, 57; Jayasanggari; Ganasunggari; Maniammah dan Logaraj.

Mangsa yang terselamat ialah P Alumai; M Sugumaran; V Nagessari; M

Sumugam; CS Sathayah; G Sundaraja dan S Pritiven.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Julai 2015 @ 2:08 PM