SANDAL tahan lasak ini sesuai untuk aktiviti luar.
SANDAL tahan lasak ini sesuai untuk aktiviti luar.
LARRIE hasilkan kasut sneaker klasik daripada material jaring dengan cetakan dua dan tiga ton warna berbeza.
LARRIE hasilkan kasut sneaker klasik daripada material jaring dengan cetakan dua dan tiga ton warna berbeza.
ANTARA kasut sneaker berplatform untuk wanita yang mahu tampil selesa dan bergaya.
ANTARA kasut sneaker berplatform untuk wanita yang mahu tampil selesa dan bergaya.
Nor Faizah Mohamed


Seronoknya dapat melancong dan melihat tempat orang. Kata pepatah, makin jauh berjalan jadi makin luas pandangannya.

Namun, melancong atau mengembara itu pastinya tidak akan lengkap tanpa sepatu yang selesa dan bergaya.

Apalah maknanya melancong atau menyusun pelan kembara jika sepanjang masa kaki menderita kerana pilihan kasut yang cuma cantik di luar, tetapi tidak berkualiti di bahagian dalamnya.

Tanyalah pada mana-mana pengembara, kasut salah satu perkara paling utama untuk aktiviti menjelajah.

Tidak kiralah mendaki cerun di kawasan pergunungan atau sekadar melihat suasana hingar penduduk tempatan di ruang pasar mahupun lepak bersantai di pantai, kasut menjadi tanda aras kepada aktiviti pengembaraan yang menyeronokkan.

Faktor keselesaan itulah yang mendorong Larrie memperkenalkan barisan sepatu menarik buat si pengembara tegar.

Diilhamkan daripada trend kembara dalam kalangan warga kota, Larrie menjelajah kehangatan mentari di Florida, Amerika Syarikat.

Sejak 2004, Larrie menerbitkan jurnal kembara yang memperlihatkan lokasi menarik dan eksotik untuk koleksi kasut serta busana santainya.

Johannesburg, Cape Town, Bali, Pulau Redang, Siem Reap, Ho Chi Minh, Jogjakarta, Taipei, Osaka dan Paris antara lokasi terdahulu yang dirakamkan keindahannya dalam jurnal itu.

Bagi jurnal kali ini, rona hangat dan berani seperti hijau teal, merah jambu, kuning, ungu serta jingga sambil diselangi pilihan warna semula jadi seperti perang juga putih.

Kasual dan trendy sememangnya tidak boleh lari daripada DNA Larrie. Gaya hidup aktif di Florida membuatkan Larrie berusaha mengadun rekaan santai dan selesa tanpa mengenepikan tanda pengenalan jenamanya.

Kasut sneaker klasik dihasilkan daripada material jaring dengan cetakan dua dan tiga ton warna berbeza. Untuk gaya lebih elegan, sneaker daripada kulit tiruan dalam rona kelabu dan perang menarik untuk dipadankan bersama helaian formal.

Aktiviti sukan air yang menjadi kegemaran warga Florida juga mencetuskan idea untuk Larrie tampil dengan koleksi hujung minggu ini.

Bagi koleksi ini, loafer dan sandal ringkas serta tahan lasak dihasilkan menggunakan material kulit dalam pilihan warna gelap.

Begitu juga dengan selipar mudah sarung yang direka dalam variasi warna ceria.

Mengetengahkan teknologi kalis air, ringan dengan tapak yang lembut dan tidak mudah tergelincir, koleksi ini sememangnya padan untuk aktiviti luar yang santai.

Tidak ketinggalan padanan aksesori menarik seperti beg kanvas dan beg silang pelbagai guna dalam pilihan rona terang atau cetakan kamoflaj.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Jun 2016 @ 5:03 AM