Hadzlihady Hassan


Georgetown: Polis narkotik Pulau Pinang rampas pelbagai dadah bernilai RM1.2 juta dalam serbuan di sebuah kondominium di Bayan Lepas,di sini, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A Thaiveegan berkata, dalam serbuan itu polis turut menahan sepasang suami isteri berusia 31 dan 35 tahun bagi membantu siasatan.

Menurutnya, pasangan terbabit dikesan menjadikan kediaman yang disewa mereka sejak sembilan bulan lalu itu sebagai makmal memproses pelbagai jenis dadah.

"Kita turut merampas alat memproses serta bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan dadah.

"Dua suspek terbabit kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang media, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2016 @ 11:05 AM