MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid,berucap di Majlis Sepetang Kepimpinan Sekolah Daerah Kuala Kangsar di Dewan Puteri Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom Kuala Kangsar. FOTO L Manimaran
MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid,berucap di Majlis Sepetang Kepimpinan Sekolah Daerah Kuala Kangsar di Dewan Puteri Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom Kuala Kangsar. FOTO L Manimaran
Norul Awatif Romli


Changlun: Kementerian Pendidikan mengumumkan semua lulusan Program Matrikulasi kementeriannya akan dianugerahkan Sijil Matrikulasi bagi tujuan perlantikan ke perkhidmatan awam dan swasta sepertimana yang dinikmati lepasan Tingkatan Enam atau setarafnya, bermula tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai kecemerlangan yang dicapai menerusi Program Matrikulasi.

"Kita mahu memperluaskan pengiktirafan kepada program terbabit bagi tujuan perlantikan ke perkhidmatan awam dan swasta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Lawatan Kerja ke Kolej Matrikulasi Kedah sempena Minggu Pengurusan Pelajar Baharu, di sini, hari ini.

Katanya, Program Matrikulasi adalah satu program persediaan pelajar bumiputera bagi melayakkan mereka melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama dalam bidang Sains, teknologi dan profesional.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Jun 2016 @ 1:01 PM