Aishah (dua kanan) melihat majalah digital Speed and Wheels bersama  Ahmad (dua kiri),  Farah Ezrin (kiri) dan Badrila Jamlus (kanan) Pelancaran  S&W sempena program My Auto Fest 2016 di Pusat Konvosyen Antarabangsa Malaysia (MIECC) The Mines, Seri Kembangan. FOTO Rosela Ismail

Rizanizam Abdul Hamid

Serdang: Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) hari ini melancarkan majalah digital dunia automotif, Speed & Wheels (S&W).

Pelancaran disempurnakan Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Mines di sini sempena pameran dan jualan kenderaan My Auto Fest 2016 yang berlangsung selama tiga hari.

Turut hadir Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Ahmad@Salim Bachok, Pengarang Ekonomi/Teknologi Maklumat

merangkap Pengarang S&W Badrila Jamlus dan Pengurus Besar Pemasaran NSTP, Farah Ezrin Mohd Rashidi.

Menurut Badrila, aplikasi berbahasa Malaysia sepenuhnya itu boleh dimuat turun secara percuma di telefon pintar atau tablet melalui iOS: https://goo.gl/RupZtR dan Android: https://goo.gl/8RlU4W.

"Kami menjadikan My Auto Fest 2016 sebagai platform untuk melancarkan S&W kerana ia dijangka menjadi tumpuan lebih 70,000 peminat dunia permotoran sepanjang tiga hari pameran ini," katanya.

Menurutnya, beberapa aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung sepanjang tiga hari di mana mereka boleh menyertai permainan simulasi perlumbaan motosikal di litar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mei 2016 @ 2:09 PM