Mayat dalam longkang ditemui orang ramai 5 pagi tadi. FOTO ihsan pembaca
Mayat dalam longkang ditemui orang ramai 5 pagi tadi. FOTO ihsan pembaca
Hadzlihady Hassan

Bayan Lepas: Mayat seorang lelaki ditemui dalam longkang berhampiran sebuah bank di Lintang Batu Maung, di sini, pagi tadi.

Kejadian disedari jam 5 pagi selepas penduduk melihat mangsa yang sudah kaku dalam parit berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Razarudin Husain berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 27 tahun dan tinggal di Relau.

"Mangsa dikatakan terbabit dalam pergaduhan dan ada kesan luka di tangan dipercayai akibat ditetak.

"Siasatan awal mendapati pergaduhan itu mungkin berlaku disebabkan berebut teman wanita atau hutang antara mangsa dan suspek," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mei 2016 @ 10:42 AM