RUANG tamu rumah mangsa banjir kilat.
RUANG tamu rumah mangsa banjir kilat.
Oleh Redzuan Muharam

Johor Bahru: Hujan lebat sejak 7 pagi tadi menyebabkan lima rumah di Jalan Presint 10, Taman Setia Indah, di sini, dinaiki air.

Beberapa kenderaan milik mereka turut ditenggelami air disebabkan banjir kilat yang melanda.

Selain itu, air yang memasuki rumah penduduk terbabit juga menyebabkan sebahagian perabot dan peralatan elektrik musnah.

Banjir berkenaan dikatakan berlaku disebabkan longkang berhampiran rumah penduduk yang tersumbat hingga menyebabkan air bertakung.

Keadaan itu menyebabkan air naik kira-kira 0.5 meter.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Disember 2014 @ 2:49 PM