PASUKAN penyelamat terdiri dari pelbagai agensi mengangkat mayat dipercayai juruterbang  helikopter yang membawa rombongan kenamaan ketika dalam perjalanan pulang dari Betong ke Kuching dalam kejadian khamis lalu di Jeti Lingga. FOTO Khairull Azry Bidin

Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

Kuching: Mayat terakhir dipercayai juruterbang helikopter ditemui terapung kira-kira 5.5 kilometer dari jeti Triso, Sri Aman.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, Pasukan Polis Marin (PPM) menemui mayat terbabit ketika membuat pemeriksaan di kawasan terbabit.

Menurutnya, mayat akan dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan bagi mencari bangkai helikopter.

"Kawasan pencarian meliputi 875 kilometer persegi," katanya.

Sebelum ini, lima mangsa nahas helikopter di Sungai Batang Lupar, Sri Aman, Khamis lalu sudah ditemui.

Mayat terakhir dipercayai Juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2016 @ 12:13 PM