RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bersama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizzuddin Putra Jamalullail (enam dari kanan) dan  Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man (lima dari kiri) bergambar bersama barisan Exco yang dilantik semula di Istana Arau. FOTO Shahidi Shahidan

Muhammad Mustakim Ramli

Arau: Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis mengangkat sumpah bagi memperbaharui jawatan sebagai anggota Exco negeri di Istana Arau, di sini, hari ini.

Majlis angkat sumpah kesemua lapan ADUN dilakukan di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, dengan disaksikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Mereka yang dilantik ialah ADUN Santan, Datuk Sabry Ahmad; Ahmad Bakri Ali (Kayang), Abdul Jamil Saad (Sena), Datuk Mat Rawi Kassim (Beseri), Jafperi Othman (Guar Sanji), Khairi Hassan (Mata Ayer), Mat Hassan (Kuala Perlis) dan Rela Ahmad (Bintong).

Kesemua EXCO berkenaan kekal menyandang porfolio asal masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2016 @ 3:13 PM