Notis pemberhentian operasi 19 laluan ditampal di kaunter bas Cityliner di Kota Bharu. - Foto NIK ABDULLAH NIK OMAR.
Notis pemberhentian operasi 19 laluan ditampal di kaunter bas Cityliner di Kota Bharu. - Foto NIK ABDULLAH NIK OMAR.
Perkhidmatan bas Cityliner milik SKMK untuk 19 laluan dihentikan hari ini berikutan peningkatan kos operasi namun akan disambung kembali esok. - Foto NIK ABDULLAH NIK OMAR
Perkhidmatan bas Cityliner milik SKMK untuk 19 laluan dihentikan hari ini berikutan peningkatan kos operasi namun akan disambung kembali esok. - Foto NIK ABDULLAH NIK OMAR
BERNAMA

Kota Bharu: Perkhidmatan bas henti-henti Cityliner dijangka kembali beroperasi seperti biasa mulai esok selepas 19 laluannya dihentikan semalam.

Jurucakap Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) Transliner, yang menguruskan pengangkutan awam itu di Kelantan berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas Konsortium Transnasional Berhad memberi jaminan menyuntik dana bagi memastikan bas Cityliner dapat beroperasi semula.

SKMK Transliner menguruskan bas henti-henti Cityliner di Kelantan di bawah Konsortium Transnasional Berhad. Perkhidmatan itu dihentikan sementara sejak semalam berikutan kos operasi yang tinggi.

"Kita sudah berusaha supaya perkhidmatan di laluan yang dihentikan dapat kembali beroperasi seperti biasa. Paling lewat mungkin awal pagi esok.

“kita kesal pemberhentian sementara perkhidmatan bas di 19 laluan itu menyukarkan orang ramai khususnya pelajar yang terpaksa mengeluarkan belanja lebih besar untuk ke sekolah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kenyataan media semalam, Konsortium Transnasional Berhad memberhentikan perkhidmatan berikutan syarikat tidak mampu menanggung kos operasi kerana tidak menerima dana kerajaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mei 2016 @ 7:33 PM