TIMBALAN Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan (dua dari kanan) bersalaman dengan Ketua Jabatan Siasatan Pulau Pinang yang baharu SAC Datuk Razarudin Husain Abd Rasid (kanan) pada majlis serah terima tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, sambil diperhatikan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab (dua dari kiri) dan SAC Datuk Zakaria Ahmad (kiri), di sini. FOTO Mikail Ong

Mohd Hilmi Mahmud

Georgetown: Bekas Timbalan Komander Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) negeri bagi menggantikan Datuk Zakaria Ahmad, hari ini.

Zakaria dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Ketua Polis Johor berkuatkuasa Selasa depan itu, menyerahkan tugasnya kepada Razarudin.

Razarudin, 53, yang memegang Ijazah Sarjana Sains Sosial dari Universiti Malaya itu mempunyai lima anak dan berasal dari Hulu Langat, Selangor.

Majlis serah tugas yang dijalankan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri itu disaksikan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab danTimbalannya Datuk A Thaiveegan.

Zakaria mula bertugas sebagai KJSJ negeri sejak Jun tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 April 2016 @ 1:11 PM