TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra bersama penduduk ketika membuat lawatan sekitar pekan Kapit. FOTO Asyraf Hamzah
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra bersama penduduk ketika membuat lawatan sekitar pekan Kapit. FOTO Asyraf Hamzah
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kapit: Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukut Sari dan Bukit Kota adalah tanda positif menjelaskan kepercayaan rakyat kepada calon BN.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penduduk negeri ini perlu terus beri sokongan kepada 'Team Adenan' bagi membentuk kerajaan Sarawak yang kuat.

"Saya tidak nampak sebab kukuh untuk penduduk negeri ini memberi sokongan kepada pembangkang.

"Pembangkang datang dan pergi, tidak beri apa-apa tetapi hanya janji serta menanam kebencian dengan kata-kata.

"Mereka tahu tidak boleh menang, tetapi sekadar memperlihatkan keberadaan mereka dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melawat Pasar Tamu Kapit di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Ahmad Zahid menemani tiga calon BN iaitu calon Dun Baleh Tan Sri James Jemut Masing, Calon DUN Pelagus Wilson Nyabung Ijang dan calon DUN Bukit Goram Jefferson Jamit ke pusat penamaan calon.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 April 2016 @ 12:50 PM