KAKITANGAN D & D Beauty House memberikan rawatan terbaik kepada pelanggan.
KAKITANGAN D & D Beauty House memberikan rawatan terbaik kepada pelanggan.
DEKORASI moden dan mewah memberikan keselesaan maksimum kepada pelanggan.
DEKORASI moden dan mewah memberikan keselesaan maksimum kepada pelanggan.
MEMBERI tunjuk ajar kepada kakitangannya.
MEMBERI tunjuk ajar kepada kakitangannya.
DIANA (dua dari kanan) bersama kakitangannya di D & D Beauty House, pusat beli belah Sunway Putra.
DIANA (dua dari kanan) bersama kakitangannya di D & D Beauty House, pusat beli belah Sunway Putra.
Siti Nadirah Hafidzin


Bauan segar aromaterapi, dekorasi moden serta mewah ditambah dengan keramahan kakitangan pusat kecantikan yang menyambut mesra sebaik kaki melangkah masuk membuatkan hati semakin teruja untuk diri dibelai manja bak permaisuri.

Dekorasi moden yang melengkapi setiap sudut dan ruang selain penggunaan rona hitam serta putih menjadikan diri dibuai keasyikan tatkala duduk di ruang menunggu sambil dilayan mesra kakitangan pusat kecantikan sebelum memulakan rawatan.

Ditambah dengan pencahayaan bersesuaian yang dipasang membuatkan sesiapa saja tertarik dan seolah-olah berada di sebuah pusat kecantikan bertaraf antarabangsa.

Badan penat dan minda yang bercelaru dengan pelbagai masalah dan tuntutan kerja pasti tidak sabar untuk dimanjakan sebaik saja berada di spa itu.

Terletak di tengah ibu kota iaitu di tingkat lima pusat beli-belah Sunway Putra, Kuala Lumpur, D & D Beauty House yang menawarkan rawatan lengkap bermula dari rambut hingga hujung kaki pastinya menjadi lokasi menarik khusus kepada individu yang mahukan ketenangan dan berehat.

Menurut pemilik D & D Beauty House Datin Diana Ibrahim, pelbagai rawatan menarik yang hampir kebanyakannya menggunakan bahan berunsurkan organik ditawarkan di pusat kecantikannya.

“Kami bukan saja menawarkan rawatan badan dan wajah yang dilakukan juruterapi terbaik, tetapi kami turut mempunyai pendandan rambut bertauliah yang mahir mengenai gaya dan kesihatan rambut.

“Rawatan kuku tangan dan kuku kaki, sauna, sental dan semua rawatan berkaitan kecantikan ada ditawarkan di sini untuk wanita dan juga lelaki,”ujarnya.

Diana berkata, soal penjagaan aurat tidak timbul kerana terdapat bilik rawatan khas yang disediakan untuk wanita terutama Muslimah supaya menerima keselesaan ketika melakukan rawatan.

“Saya sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada pelanggan dan disebabkan itu saya sendiri mengenal pasti setiap kehendak dan keperluan pelangan supaya aspek keselesaan serta kepuasan diutamakan,” katanya.

Layanan istimewa

Dilengkapi lebih lima bilik rawatan dan suasana nyaman serta selesa membuatkan layanan diterima diibaratkan seperti permaisuri yang dibelai.

Diana berkata, terdapat dua jenis urutan badan iaitu tradisional atau aromaterapi disediakan di pusat kecantikannya yang pasti memberikan kelegaan kepada pelanggan.

“Jika pelanggan mahukan urutan yang agak kuat terutama di bahagian bermasalah disarankan memilih urutan jenis tradisional manakala sekiranya mahu urutan relaks boleh melakukan urutan aromaterapi.

“Juruterapi kami bukan sahaja berpengalaman luas dalam urutan, malah mempunyai kelayakan dalam bidang itu,”katanya.

Tambah Diana, buat masa ini pihaknya menawarkan harga promosi untuk rawatan pakej urutan termasuk urutan kepala, urutan bahu, urutan belakang dan urutan kaki iaitu dengan harga RM129 untuk tempoh 70 minit.

“Manakala untuk pakej rawatan sental termasuk sental badan madu, mandian susu atau mandian garam laut dan rawatan kaki kini ditawarkan dengan harga RM239 untuk tempoh 90 minit rawatan.

“Kami juga menawarkan potongan harga 15 peratus untuk mana-mana rawatan kuku kaki dan kuku tangan,” ujarnya.

Diana berkata, semua produk yang digunakan yang terbaik bagi memastikan pelanggan berasa puas tatkala menerima rawatan.

“Selepas bertapak di sini tahun lalu, syukur kami menerima maklum balas positif daripada pelanggan yang rata-ratanya berpuas hati dengan rawatan dilakukan,”katanya.

Keselesaan dan kepuasan pelanggan diutamakan

Lumrah dalam bidang terbabit, pasti ada pasang surutnya yang menjadikan Diana terus gigih memberikan yang terbaik.

“Hakikatnya, bukan mudah memuaskan hati pelanggan kerana setiap individu itu pasti berbeza, namun pengalaman lebih 15 tahun saya dalam bidang ini sedikit sebanyak membantu.

“Saya sentiasa menasihatkan pekerja untuk memberikan yang terbaik setiap kali melakukan rawatan tidak kiralah untuk rawatan wajah, rambut atau badan kerana pelanggan yang berpuas hati pasti akan datang semula ke sini sekiranya mereka berpuas hati.

“Saya mahu pelanggan rasakan wang yang dibayar bagi setiap rawatan itu berbaloi dan paling utama dapat membantu mengatasi masalah dihadapi.

“Pusat ini sesuai untuk semua golongan tidak kira wanita yang penat bekerja, ibu yang sentiasa sibuk dengan tugas di rumah atau remaja yang mahu tampil cantik,” katanya.

Maklumat berkaitan pusat kecantikan itu boleh didapati dengan melayari laman Instagram @dndbeautyhouse dan Facebook D&D & Wellness Centre.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2016 @ 12:18 PM