Aida Adilah Mat


Shah Alam: Jangan terlalu besarkan kemenangan pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei di Terbuka Malaysia kerana sasaran utama adalah Olimpik Rio.

Jurulatih perseorangan negara Hendrawan (gambar kecil) mengaku tugas berat menanti jaguh badminton negara itu kerana perjalanannya sudah pasti tidak mudah susulan usianya yang kini menjangkau 33 tahun.

Justeru Hendrawan mengharapkan rakyat Malaysia yang masih menaruh harapan terhadap Chong Wei seperti dulu perlu akur dengan keadaan semasa pemain itu.

Katanya, perjalanan karier Chong Wei tidak sama seperti ketika dia merangkul pingat perak pertama pada 2008 di Beijing kerana ketika itu semangat mudanya mengatasi segala-galanya. Olimpik 2012 di London pula menyaksikan dia masih seorang pemain yang kekal berada di puncak prestasi.

Namun pada usia 33 tahun, situasi dilaluinya berbeza dengan banyak faktor mempengaruhi persekitaran pemain negara itu antaranya kecederaan, keluarga, faktor dalaman dan luaran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 April 2016 @ 7:54 AM