Mayat mangsa kedua ditemui kira-kira 100 meter dari mayat mangsa pertama. FOTO ihsan Polis
Mayat mangsa kedua ditemui kira-kira 100 meter dari mayat mangsa pertama. FOTO ihsan Polis
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Mayat lelaki kedua yang tertimbus di kawasan perlombongan pasir di Jalan Kluang-Kota Tinggi dekat Kota Tinggi, Jumaat lalu ditemui petang tadi.

Mayat warga Indonesia Udin Nur Udin, 45, dikeluarkan sepenuhnya pada 2.20 petang hasil kerjasama polis dan lima pekerja syarikat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, pada 12.40 tengah hari, Ketua Polis Balai Bandar Tenggara, Inspektor Rosli Mohidin bersama empat anggotanya tiba di lokasi kejadian.

“Operasi SAR diaktifkan bersama lima pekerja syarikat dan usaha mencari mayat mangsa dilakukan menggunakan mesin pengorek tanah Kobe.

Jumaat lalu, pekerja tapak perlombongan pasir, Saeful Amir, 30, ditemui maut akibat tertimbus pasir.

"Mayat Udin ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi mayat mangsa pertama ditemui," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 April 2016 @ 8:21 PM