Wan Mohd Samsudin (tengah) menyaksikan Norazam (kanan) menyerahkan tugas  kepada  Jokhiri (kanan) di Majlis serah tugas Ketua Polis Seri Alam di IPD Seri Alam. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Wan Mohd Samsudin (tengah) menyaksikan Norazam (kanan) menyerahkan tugas kepada Jokhiri (kanan) di Majlis serah tugas Ketua Polis Seri Alam di IPD Seri Alam. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Jokhiri Abd Aziz dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Seri Alam, berkuat kuasa hari ini.

Jokhiri, yang berkhidmat selama tiga tahun enam bulan sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, mengambil alih jawatan daripada Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Norazam Shaari yang juga Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam.

Sebelum ini, Norazam memangku jawatan itu selama lima bulan bagi menggantikan Asisten Komisioner Abdul Samad Salleh yang dinaikkan pangkat dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Johor.

Majlis serah terima tugas yang diadakan di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam itu disaksikan Ketua Jabatan Pengurusan Johor, Asisten Komisioner Wan Mohd Samsudin Wan Osman.

Pada majlis itu, turut diadakan serah terima tugas antara Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Seri Alam, Khairul Akmam Ibrahim dengan isteri Jokhiri, Sawian Ng Abdullah yang dilantik sebagai Pengerusi PERKEP IPD Seri Alam.

Penyerahan tugas itu disaksikan Pengerusi Biro Industri Kecil PERKEP Johor, Wan Jamilah Che Mat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 April 2016 @ 12:19 PM