KHAIRY (kiri) memberi tips kepada peserta JCM semalam.
KHAIRY (kiri) memberi tips kepada peserta JCM semalam.
Azlan Muhammad Zain


Serdang: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui tidak terkejut dengan kedudukan terbaharu ranking bola sepak negara yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) beberapa hari lalu.

Malaysia menghuni ranking paling buruk dalam sejarah apabila berada pada kedudukan ke-174 daripada 204 pasukan dalam senarai FIFA.

Menurut Khairy, itulah kualiti serta DNA bola sepak tempatan ketika ini.

“Saya memang menjangkakan ranking akan turun, sebab itu kita melabur untuk Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) dan mereka kini baru berusia 14 tahun.

“Kalau mahu melihat peningkatan yang membanggakan, saya rasa kita perlu tunggu. Maaflah, itulah kualiti pemain yang sedia ada.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2016 @ 5:16 AM