Paulo Rangel (kiri) mengasak penjaga gol Perlis, Saiful Amar Sudar (kanan) pada aksi Liga Perdana di Stadium Pasir Gudang.FOTO NSTP/ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN
Paulo Rangel (kiri) mengasak penjaga gol Perlis, Saiful Amar Sudar (kanan) pada aksi Liga Perdana di Stadium Pasir Gudang.FOTO NSTP/ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN
Oleh Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Skuad Perlis pulang hampa tanpa mata apabila tewas di tangan Johor DT II (JDT II) 2-0 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) malam ini.

Paulo Rangel tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol sulung buat pasukan tuan rumah pada seawal tiga minit permainan baru bermula.

Sepakan percuma diperoleh Perlis m-24 gagal disempurnakan Arman Fareez Mohd Ali sebelum ditampan penjaga gol lawan.

Tindakan Khairi Kiman mengasari Mohd Zaquan Adha menyebabkan Perlis dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan, Kamal Ahmad.

Tambahan masa perlawanan tiga minit tidak memberi sebarang mata buat anak didik Dollah Salleh membolehkan Johor DT II kekal mendahului sehingga tamat separuh masa pertama.

Babak kedua perlawanan menyaksikan Rangel menambah gol kedua JDT II menerusi sepakan penalti m-54 sekaligus membolehkan keputusan kekal hingga tamat perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 April 2016 @ 11:43 PM