PENGAWAL keselamatan yang ditahan. FOTO ihsan Jabatan Pendaftaran Negara.
PENGAWAL keselamatan yang ditahan. FOTO ihsan Jabatan Pendaftaran Negara.
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Tiga pengawal keselamatan warga Filipina ditahan panguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN di pos pengawal taman perumahan di Shah Alam, Selangor malam tadi.

Ketua Pengarah JPN Datuk Seri Sulaiman Keling berkata, ketiga-tiga warga asing berusia 23 hingga 38 tahun itu ditahan tujuh pegawai penguatkuasa JPN daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan, Putrajaya di Temasya Anggun Temasya Glenmarie, Shah Ala m pada 10.30 malam.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati, tiga pengawal keselamatan itu menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja di premis berkenaan selain mendakwa berasal dari Sabah.

"Bagaimanapun, soal siasat kemudian mendapati mereka berasal dari Basilan, Filipina dan mengakui mendapat kad pengenalan palsu itu daripada sindiket di Keningau, Sabah pada harga RM800 untuk setiap kad pengenalan," katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa balik ke Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 12:04 PM