PERIKSA dulu label pada pakaian untuk kenal pasti cara betul mencuci.
PERIKSA dulu label pada pakaian untuk kenal pasti cara betul mencuci.
Faizatul Farlin Farush Khan


Deretan pakaian bersih di ampaian yang beralun ditiup angin sambil disinari terik matahari satu pemandangan yang menenangkan.

Ia mungkin kelihatan perkara remeh, tetapi apakah perasaannya jika kita melihat terdapat sebakul pakaian kotor yang melimpah di rumah?

Pakaian yang bersih dan berbau harum mampu membuatkan seseorang rasa lebih segar dan mengubah mood menjadi lebih ceria.

Mencuci pakaian mungkin nampak mudah dengan penggunaan mesin basuh, tetapi sebenarnya ia mempunyai beberapa panduan yang perlu

diikuti.

Ini bagi menjaga kualiti fabrik supaya tidak rosak dan memastikan pakaian benar-benar bersih tanpa kesan yang mencacatkan.

Dengan pelbagai fabrik

di pasaran, penting untuk kita mencuci mengikut cara yang sudah dinyatakan pada setiap label pakaian supaya kita tidak kerugian sekiranya ia rosak.

Berikut antara langkah yang boleh dilakukan

supaya kerja mencuci lebih mudah dan terurus, selain pakaian dapat bertahan lebih lama.

1. Pertama sekali, periksa label pada pakaian untuk mengenal pasti cara betul mencucinya. Terdapat label menunjukkan bentuk mesin basuh dengan titik di dalamnya. Jika ia menunjukkan satu titik, basuh ia dengan air sejuk, jika dua titik air suam, tetapi jika ada tiga titik, cuci dengan air panas. Jika ada tanda pangkah pula, hantar ke kedai untuk cucian kering.

Tanda peluntur adalah segi tiga, jika ia ada tanda pangkah, jangan masukkan ia dalam peluntur. Imej empat segi dengan bulatan di tengahnya menunjukkan cara pakaian perlu dikeringkan. Semakin banyak titik, kapanasan yang digunakan untuk mengeringkannya juga meningkat.

2. Pisahkan pakaian berwarna dan putih,

serta mengikut kumpulan warnaya. Ini bagi mengelakkan ada warna yang meluntur dan merosakkan pakaian berwarna lain. Basuh mengikut jenis kumpulan warna, misalnya warna lembut, putih, hitam dan garang.

3. Pastikan tidak ada tisu, kertas atau sebarang objek asing dalam poket seluar dan baju. Tutup zip untuk mengelak ia tersekat dan terbalikkan pakaian

yang mempunyai

perincian menonjol supaya ia tidak rosak. Masukkan fabrik lembut seperti pakaian dalam ke dalam beg kain untuk dicuci.

4. Menggunakan air sejuk untuk mencuci kain yang terdiri daripada pakaian lembut seperti baju panas, denim dan pakaian yang mungkin akan mengecil jika dicuci air panas. Ia juga melindungi warna pakaian daripada luntur dan terkena pakaian lain.

5. Air suam sesuai digunakan untuk mencuci pakaian berwarna putih dan cerah. Digabungkan dengan sabun, air suam boleh membantu menyingkirkan bakteria dan pada masa sama lebih efektif mencuci pakaian daripada kesan kotor.

6. Bagi pakaian yang terlalu kotor ataupun terkena jangkitan, tuala mandi dan tuala mengelap muka, cara terbaik adalah mencucinya dengan air panas. Ia dapat mengeluarkan kekotoran degil dan mematikan kuman.

7. Penggunaan peluntur warna sesuai untuk semua jenis pakaian termasuk yang berwarna dan membersihkannya daripada kotoran.

8. Peluntur klorin membantu mencerahkan lagi warna pakaian berwarna putih dan tidak seharusnya dipakai pada pakaian berwarna. Jika mesin basuh tidak mempunyai tempat untuk memasukkan peluntur, pastikan mencairkan dulu peluntur dengan air sebelum dicampur pada pakaian yang sedang dicuci.

9. Pelembut fabrik digunakan bagi memastikan tuala lembut dan mengelak elektrik statik pada pakaian.

10. Keringkan dengan

cara menjemur adalah kaedah terbaik mengeringkan pakaian terutama bagi jenis kain tebal, kain kapas, poliester, sutera dan fabrik yang tidak meregang. Bagi pakaian

yang dikait atau baju panas kain bebiri, ia perlu dikeringkan pada permukaan rata.

11. Jika menggunakan mesin pengering, masukkan tuala bersih yang kering ke dalamnya. Tuala itu akan menyerap lembapan dan membantu pakaian kering dengan lebih cepat.

12. Jika pakaian kering, tetapi berkedut kerana dibiarkan dalam pengering terlalu lama, masukkan tuala bersih yang lembap

dan keringkan semula pakaian yang ada selama

15 minit untuk bantu kedutan hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 6:01 AM