BAU hapak berpunca daripada kain lembap dan mesin basuh kotor.
BAU hapak berpunca daripada kain lembap dan mesin basuh kotor.
Nurul Husna Mahmud

nurul_husna@hmetro com.my

MUSIM hujan menyebabkan kain dijemuran sukar kering dengan baik sehingga menyebabkan ada bau kurang menyenangkan.

Bagi individu sensitif dengan bau hapak pastinya tidak selesa mengenakan pakaian yang berbau.

Selain punca kain berbau hapak kerana lembap, ada faktor lain menyebabkan ia berbau termasuklah muatan terlebih dalam mesin kain ataupun mesin basuh yang tidak dicuci bersih.

Kesan peluh yang tidak digosok dengan baik selain kain diperap terlalu lama juga boleh menyebabkan bau kurang menyenangkan pada fabrik.

Berikut tiga tip untuk atasi masalah bau hapak:

AMPAIAN perlu di kawasan pengudaraan.
AMPAIAN perlu di kawasan pengudaraan.

1. Cuci dengan soda penaik

Langkah-langkahnya:

Isikan tangki cucian mesin basuh dengan air sejuk. Larutkan satu cawan soda penaik dalam empat cawan air panas. Campur ke dalam air sejuk tadi.

Pastikan rendaman kain tenggelam sepenuhnya dalam kain tadi. Biarkan terendam selama empat jam atau semalaman.

Gunakan pencuci yang tidak berbau dan jika masih berbau ulang proses berkenaan sekali lagi.

2. Cuci dengan cuka dan soda penaik

Langkah-langkahnya:

Isikan tangki cucian mesin basuh dengan air sejuk. Larutkan satu cawan cuka dalam satu cawan air.

Gunakan campuran itu untuk singkirkan bahagian baju terkena kesan peluh (bawah ketiak, pergelangan tangan dan leher). Berus guna bancuhan tadi sama ada dengan berus kain atau berus gigi.

Campurkan segelas cuka dan juga soda penaik ke dalam air sejuk serta rendam kain semalaman. Keringkan air rendaman dan basuh dengan serbuk pencuci seperti biasa

SERBUK penaik dengan bancuhan air panas boleh menghindari bau hapak pada kain.
SERBUK penaik dengan bancuhan air panas boleh menghindari bau hapak pada kain.

3. Gunakan pewangi pakaian dalam air suam

Penuhkan sebaldi air dengan air suam bersama dua sukatan pewangi.

Bilas dengan bancuhan sehingga kering. Pastikan jemur sehingga kering atau di kawasan ampaian yang mempunyai pengudaraan baik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Mei 2021 @ 6:30 AM