1. MULAKAN menggubah dengan teknik sulam secara menyilang batang bunga batai.

2. TEKNIK sulam secara menyilang ini bagi memudahkan susun atur bunga supaya kelihatan lebih teratur dan menarik. Gabungkan semuanya dan ikat dengan pita pelekat.Potong bahagian dahan paling bawah dalam gubahan supaya ia lebih kemas.

3. DAPATKAN pokok duit-duit dan lilitkan pada gubahan bunga batai tadi dengan teliti dan biarkan terjuntai seolah-olah menjalar.

4. BALANG kaca perlu dilapisi pita pelekat pada permukaannya untuk kesan gubahan lebih kemas dan dramatik.

5. PENGGUNAAN pita pelekat penting bagi membantu gubahan supaya kelihatan tergantung.

6. MASUKKAN air mengikut kesesuaian gubahan sebelum bunga diletakkan dalam balang kaca.

7. KINI gubahan kreatif anda mampu menyerikan sudut atau ruang utama kediaman. Selamat mencuba!

Hartini Mohd Nawi

Mencipta kelainan pada ruang dengan menjadikan pelbagai tumbuhan di sekeliling anda sebagai penyeri dekorasi bukan lagi sesuatu yang pelik.

Kreativiti dan inspirasi idea luar biasa ada kalanya lebih menjimatkan.

Mungkin anda boleh menggunakan tumbuh-tumbuhan tempatan sebagai elemen utama gubahan.

Penggunaan pokok batai laut umpamanya sudah tentu mengubah sudut atau ruang untuk tampil lebih ceria berbanding sebelumnya.

Berikut idea mengindahkan sudut atau ruang kediaman dengan gubahan berasaskan bunga batai laut.

Anda hanya perlu menyediakan kelengkapan gubahan iaitu balang kaca, pita pelekat, bunga batai laut, pokok duit-duit, gunting kecil dan gunting bunga.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2016 @ 5:01 AM