Wan Nur Ameera Meor Rozman


Disebabkan penerimaan positif bagi platform e-dagang, kad kredit menjadi sasaran utama penjenayah siber apabila mereka menggunakan kegiatan memasang malware dan phishing untuk mencuri data melalui sistem perbankan.

Jika mereka mempunyai pelbagai kaedah dan ancaman untuk mencari mangsa sistem pembayaran kad kredit tradisional, apatah lagi dengan kehadiran teknologi kini dapat memudahkan proses pembayaran untuk melancarkan proses urus niaga ‘online’.

Baru-baru ini, Trend Micro Incorporated (Trend Micro) mengeluarkan laporan pengumpulan keselamatan 2015 apabila mereka mengenal pasti insiden keselamatan paling berbahaya bagi rekod tahun lalu.

Menurut laporan berkenaan, peranti mudah alih terus menjadi sasaran utama penjenayah siber demi mencari dan mengeksploitasi kelemahan keselamatan.

Dengan pembayaran mudah alih disokong penggunaan Visa Checkout di Malaysia, ia dilihat cara terpantas untuk pelanggan online menguruskan pembelian, namun ramai di antara mereka tidak sedar ancaman jenayah siber yang sentiasa mengikutinya.

Naib Presiden Solusi Pemasaran Trend Micro Inc Eric Skinner berkata,serangan pada peranti mudah alih merangkumi pelbagai kaedah antaranya memaksa sistem peranti untuk melakukan ‘reboot’ sehingga menghabiskan bateri, mengubah mod peranti kepada senyap, tidak boleh membuat sebarang panggilan kerana skrin tidak responsif, mendedahkan kandungan memori peranti serta memberi penggodam keupayaan untuk menggantikan aplikasi sah dengan versi lain bertujuan untuk mencuri maklumat pengguna.

Bagi yang menggunakan peranti pintar peribadi untuk perniagaan, anda digalakkan tidak menyimpan data syarikat di dalamnya.

Berdasarkan kajian, kebanyakkan ahli perniagaan sanggup melaburkan sejumlah wang untuk membangunkan kemudahan prasarana mudah alih.

Dengan penyelesaian seperti ini, ia membolehkan pekerja untuk mengakses fail dan rekod syarikat tanpa perlu menyimpan data pada peranti fizikal mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Mac 2016 @ 11:08 AM