1. BAHAN untuk kerabu mangga.
1. BAHAN untuk kerabu mangga.
2. CAMPURKAN bahan A dan gaul sehingga mesra.
2. CAMPURKAN bahan A dan gaul sehingga mesra.
3. MASUKKAN kacang tanah dan udang kering.
3. MASUKKAN kacang tanah dan udang kering.
4. TAMBAHKAN cili padi mengikut rasa.
4. TAMBAHKAN cili padi mengikut rasa.
5. CAMPURKAN sos ikan, gula dan garam ke dalam jus limau nipis, kacau sebati kemudian tuang bancuhan jus limau ke dalam bahan campuran mangga.
5. CAMPURKAN sos ikan, gula dan garam ke dalam jus limau nipis, kacau sebati kemudian tuang bancuhan jus limau ke dalam bahan campuran mangga.
6. GAUL sehingga mesra dan rasa keseimbangan manis, masam, masin kerabu.
6. GAUL sehingga mesra dan rasa keseimbangan manis, masam, masin kerabu.
7. SEDIA untuk dihidangkan.
7. SEDIA untuk dihidangkan.
Siti Zarinah Sahib

Mendengar orang menyebut kerabu mangga saja sudah membuatkan ramai kecur apatah lagi sekiranya hidangan ada di depan mata.

Kerabu mangga biasanya digandingkan dengan masakan laut seperti tomyam atau ikan bakar disebabkan keserasian dan keenakan jika dimakan bersama. Bagi mendapatkan kerabu yang sedap dan kurang masam sebaik-baiknya gunakan mangga epal disebabkan sifatnya yang rapuh dan rangup.

Mangga dihiris halus kemudian dicampur bersama bahan yang sudah dihiris seperti bawang, bunga kantan dan cili padi. Bagi mengelak kerabu anda terlalu masam, jangan pilih mangga yang masih muda.

Untuk menambah keenakannya, bolehlah masukkan udang kering dan kacang yang ditumbuk kasar. Ada juga menggunakan sos ikan sebagai penambah perisa. Bagi mereka yang gemarkan rasa pedas boleh menambah cili padi mengikut rasa.

Rahsia tambahan adalah pada bawang besar yang dihiris halus juga bunga kantan sebagai bahan pewangi. Bawang besar bersama campuran mangga menjadikan kerabu bertambah sedap. Begitu juga aroma bunga kantan yang memberikan rasa yang anda inginkan.

Bagi yang mahukan menghidangkan hidangan istimewa ini, bolehlah mencuba resipi sumbangan Restoran D’Tasik Universiti Tenaga Nasional, Kajang.

BAHAN A

- 2 biji mangga epal

- 1 kuntum bunga kantan, dihiris halus

- 1 biji bawang besar

BAHAN LAIN

- 10 biji cili padi dihiris

- Udang kering digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus

- Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk separa hancur

- 3 sudu besar jus limau nipis

- 2 sudu besar sos ikan

- Gula dan garam secukup rasa

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mac 2016 @ 11:21 AM