Siraj Mohd Zaini


Pelabuhan Klang: Tiga puluh sembilan pendatang asing tanpa izin(PATI) termasuk seorang tekong dan dua awak-awak ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang kira-kira 5 batu nautika dari perairan Tanjong Karang, 3.30 pagi tadi.

Pegawai Pemerintah PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, mereka yang berumur diantara 20 hingga 40 tahun itu ditahan ketika cuba keluar dari perairan negara ini untuk pulang ke negara mereka.

Menurutnya, turut ditahan bot pom-pom yang membawa mereka dan dipercayai dalam perjalanan menuju ke Tanjong Balai, Indonesia.

"Daripada jumlah itu, lapan orang wanita turut ditahan untuk pemeriksaan selanjutnya.

"Seorang tekong dan dua awak-awak itu akan didakwa mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 manakala baki PATI mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mac 2016 @ 5:22 PM
PEGAWAI Operasi Risik Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang, Asisten Superintendan Hazri Zakaria melihat bot pom pom yang membawa 39 orang PATI warga Indonesia. FOTO Roslin Mat Tahir
PEGAWAI Operasi Risik Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang, Asisten Superintendan Hazri Zakaria melihat bot pom pom yang membawa 39 orang PATI warga Indonesia. FOTO Roslin Mat Tahir