Nicol alami kekalahan kedua tahun ini selepas terkeluar daripada Kejohanan Windy City Open. FOTO NSTP
Nicol alami kekalahan kedua tahun ini selepas terkeluar daripada Kejohanan Windy City Open. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David gagal menempatkan diri selaku empat pemain terakhir meneruskan saingan pada kejohanan Terbuka Windy City Open 2016 di Chicago, Amerika Syarikat hari ini.

Pemain berusia 32 tahun itu, pemain nombor dua dunia terkeluar selepas tewas kepada pemain Mesir, Nour El Sherbini 11-9, 12-10 dan 11-9 dalam saingan memakan masa selama 36 minit di University Club of Chicago.

Ia kekalahan kedua Nicol tahun ini selepas kecundang pada saingan separuh akhir kejohanan Tournament of Champions (TOC) di New York pada Januari lalu.

Nour mengaku bukan mudah setiap kali bertemu Nicol biarpun dapat mengatasi Nicol.

"Menentang Nicol sangat sukar. Saya terpaksa bekerja keras menentangnya. Hari ini saya tidak banyak berfikir. Saya hanya bermain.

“Ketiga-tiga set boleh memihak kepada sesiapa sahaja namun syukur akhirnya ia milik saya," katanya dipetik berkata dalam laman web kejohanan windycityopen.ussquash.com. Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2016 @ 1:00 PM