LI Fucai di kubur ibunya yang hanya tinggal batu nisan sementara mayatnya dicuri dan  dipercayai dijual.
LI Fucai di kubur ibunya yang hanya tinggal batu nisan sementara mayatnya dicuri dan dipercayai dijual.
Agensi

Beijing: Amalan kuno yang menyaksikan lelaki bujang diberikan isteri untuk dikebumikan bersama apabila mereka mati kini menjadi perniagaan mewah bagi penjenayah.

Bagi masyarakat China, lelaki yang mati tanpa berkahwin membawa nasib tidak baik.

Ini menyebabkan keluarga di pedalaman China sanggup membelanjakan sehingga 72,000 yuan (RM46,000) untuk membeli mayat wanita untuk dikebumikan dengan anggota keluarga lelaki mereka yang mati sebelum berkahwin.

Amalan itu yang menyebabkan 15 mayat wanita dicuri dalam masa tiga tahun di kampung Dongbao di Shanxi, wilayah di utara China.

Sekurang-kurangnya 15 mayat lagi hilang dari bandar dan kampung lain di wilayah itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2016 @ 7:41 AM