MAHATHIR Mohamad. FOTO fail NSTP Nurul Shafina Jemenon
MAHATHIR Mohamad. FOTO fail NSTP Nurul Shafina Jemenon
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Polis hari ini merakam percakapan Tun Dr Mahathir Mohamed berhubung kenyataan dikeluarkan bekas Perdana Menteri itu dalam blognya baru-baru ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata keterangan Tun Mahathir diambil bagi membantu siasatan selepas beberapa laporan polis dibuat ke atasnya.

"Ya kita ada hantar pegawai rakam percakapab beliau (Tun Mahathir) bagi membantu siasatan," katanya dalam sidang media, hari ini.

Sebelum ini Tun Mahathir melalui penulisab di blognya mendakwa peguam negara Tan Sri Apandi Ali tidak akan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana terhutang budi.

Bagaimanapun Khalid tidak mendedahkan lokasi dimana Tun Mahathir diambil keterangan dan berkata ia dilakukan di ibu negara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2016 @ 2:29 PM