Jabra menyediakan fon telinga khas untuk aktiviti ekstrem yang tahan lasak menerusi model Jabra Sport Pulse Wireless dilengkapi aplikasi Sport Life menggabungkan sistem pemantauan kadar degupan jantung biometrik, prestasi audio Dolby mantap dan sistem bimbingan suara masa sebenar.
Peranti yang membolehkan pengguna menikmati kebebasan bergerak atau bersenam tanpa kerap menyentuh fon telinga turut dilengkapi teknologi 'Ergonomic Audio Response Science' yang menjanjikan keselesaan dan keselamatan ketika digunakan.
INFO
JABRA SPORT PULSE WIRELESS
Harga: RM799
Aplikasi: Jabra SportLife
Sambungan: bluetooth
Kawalan: 1 x mikrofon, 2 x pembesar suara
Bateri: 5 jam
Saiz: 2.1 x 0.9 x 1 inci