Tidak semua telefon pintar mempunyai kualiti pembesar suara atau tahap kelantangan yang memuaskan. Untuk meningkatkan kualiti bunyi dan ‘volume’ pada peranti android, anda boleh melakukan beberapa langkah mudah.

1. Semakan tetapan mengikut jenis peranti

Tidak puas mendengar muzik dari audio android? Bagi pengguna android, anda sebenarnya boleh mengoptimumkan pengalaman audio melalui tetapan. Walau bagaimanapun, tidak semua android UI mempunyai ciri berkenaan.

TouchWiz: Pergi ke Settings- Sound- Audio. Anda mempunyai siri pilihan untuk meningkatkan pengalaman audio anda.

MIUI untuk Xiaomi: Peranti ini menawarkan tetapan khas untuk fon kepala. Pilih sama ada tetapan untuk fon telinga atau fon kepala menikmati pengalaman audio yang lebih baik.

Xperia UI: Anda tidak boleh mengoptimumkan audio melalui tetapan oksygen, optimus atau ‘stock’ android, sebaliknya gunakan tetapan ‘ClearAudio’.

2. Ketahui di mana kedudukan pembesar suara anda

Perkara pertama yang anda perlu tahu adalah dari mana datangnya bunyi yang terhasil dari telefon pintar anda. Kebanyakan telefon mempunyai pembesar suara berkembar, tetapi kebiasaannya hanya satu saja berfungsi. Jika pembesar suara anda tersekat, kualiti bunyi dihasilkan rendah dan pastinya mengecewakan.

Uji sistem audio anda untuk mengenalpasti kedudukan pembesar suara peranti. Setelah menjumpainya, mudah anda mengenalpasti masalah seterusnya.

3. Periksa sama ada kasing menyekat corong pembesar suara

Jika anda menggunakan kasing untuk peranti, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada kualiti audio yang terhasil. Terdapat sesetengah kasing yang menutupi bahagian bicu audio, mikrofon atau pembesar suara.

Jadi, pastikan anda menyemak bahagian kasing sebelum membelinya agar tidak menghalang sistem audio peranti.

4.Gunakan fon kepala atau fon telinga

Hakikatnya, rata-rata pembesar suara peranti pintar yang ada di pasaran tidak mempunyai kualiti audio yang terbaik. Di sini, fon kepala dan fon telinga memainkan peranan penting memberikan pengalaman audio terhebat kepada anda.

Namun begitu, pastikan anda membeli fon kepala mahupun fon telinga yang bersesuaian. Tidak semua fon kepala dicipta sama dan terdapat pelbagai jenis untuk pelbagai situasi. Pastikan anda mencubanya serta pilih yang terbaik mengikut kehendak anda.

5. Tingkatkan ‘volume’ pembesar suara

Kadang-kala, kita perlu mengetahui ilmu mengenai perkara yang berkaitan dalam kehidupan seharian kita, begitu juga mengenai gelombang bunyi. Untuk menghasilkan ‘volume’audio yang tinggi, anda boleh meletakkan peranti anda seperti di mana-mana sudut, di dalam kotak mahupun mangkuk atau bekas kaca kosong. Daripada situ, anda menghasilkan satu ‘fenomena’ bunyi dan mendapati bunyi yang terhasil jauh lebih kuat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 6:12 AM