Mayat kedua, Armi Armira, ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi lemas tengah hari tadi. - Foto KHALID LATIP
Mayat kedua, Armi Armira, ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi lemas tengah hari tadi. - Foto KHALID LATIP
Khalid Latip


Sarikei: Mayat dua lelaki yang lemas ketika mandi di Pantai Belawai di sini, Isnin lalu, ditemui di dua lokasi berasingan sebentar tadi.

Mayat Mohd Anis Tazudin, 16, ditemui jam 7.45 pagi di tebing Sungai Tanjung Rebujok, kira-kira 15 kilometer dari Pantai Belawai manakala Armi Armira Pendita, 27, ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian jam 12.45 tengah hari tadi.

Kedua-dua mayat diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Sarikei.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan sebaik kedua-dua mayat ditemui.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 2:56 PM